Skip to main content

Port Makan Sedap JDT

JOHOR DARUL TAKZIM
Restoran Azmi Wawa

ABC-Kg-Melayu-Majidee

17, Jalan Masjid,

Kg Melayu Majidee

ABC Kg Melayu Majidee lengkap dengan segala bahan Aiskrim,Coklat dan juga kacang yang rangup.

Di sini juga korang boleh menikmati sup tulang merah bersama roti, otak-otak, Rojak Asma, Nasi Beriyani dan juga Murtabak Singapura.

 

Restoran ZZ Sup Tulang

Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru

Menu istimewa di Restoran Sup Tulang ZZ adalah Sup Tulang, Mee Rebus Ayam, daging dan juga tulang. Kuahnya pun memang pekat, awesome bro!

Selain tu, bagi mereka yang suka kan western food dan kerang sambal, korang boleh dapatkannya di sini.

 

Anjung Warisan

JKR296, Jalan Petri, 80100, Kampung Tarum

Tarikan utama di Anjung Warisan adalah persembahan Angklung dan juga makan secara bersila di tempat makan yang di sediakan.

Feeling-feeling perempuan Melayu terakhir gitchew..

 

Asma Rojak Larkin

Plaza Larkin

Asma Rojak Larkin terletak di Food CourtMara bersebelahan terminal Bas Larkin.

Di sini juga ada makanan seperti Rojak Petis, Rojak Buah, Tauhu Bakar dan juga Otak-Otak goreng.

 

Bakar Bakar Steamboat & Grill House

No.1 , 1-01 Jalan Padi Emas 1/5 Uda Business Centre


Bakar Bakar Steak House merupakan restoran dua tingkat dan sangat selesa untuk korang menikmati hidangan secara buffet.

Ramai pengunjung berpuas hati dengan menu yang menarik,beraneka jenis serta layanan staf yang mesra pelanggan. Sesuai untuk kumpulan yang mengadakan reunion untuk berkumpul di sini.

Apa yang menariknya,harga yang berpatutan

Wah, menarik ni.

 

Banafee Village

No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir

Menu yang patut anda cuba di Banafee Village adalah nasi padang dan juga ayam penyet.

Di sebelahnya malamnya terdapat live band untuk para tetamu bersantai sambil menjamah makanan.

Sesuailah untuk korang yang berjiwa muda tu kan?

 

Kapten Steamboat & Grill

8-01 & 10-01 Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat

Kapten Steamboat & Grill memberi pilihan kepada pengunjung menikmati makanan secara ala carte atau buffet.

 


Malay Village Restaurant

No. 9A Jalan Kolam Air

Masakan istimewa di Malay Village adalah Butter Prawns,MV Bamboo Rice Special, Lemon Chicken dan juga Assam Siakap Serta Siakap Terbang.

 Di sini juga menerima tempahan untuk acara seperti majlis hari lahir,gathering dan juga kenduri kahwin.

 

Medan Selera Jalan Sg Chat Jalan Sg Chat Medan Selera Tepian Tebrau

Medan Selera Sg Chat adalah bersebelahan dengan dataran bandar raya dan sebelum medan selera tepian Tebrau.

Menu yang terkenal adalah ikan bakar dan juga murtabak Singapura.

Antara menu yang disediakan adalah seperti ikan bakar, tauhu bakar, asam pedas dan juga murtabak Singapura.

Medan selera ini sebaris dengan Medan Selera Sg Chat.

 

Bubur Nasi Special No 100  32 Jalan Padi Emas 2

81200 Johor Bahru

Bubur Nasi Special No. 100 yang terletak di jalan padi mas 2, bandar baru uda ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mampu membuat pelanggan kembali untuk menikmati makanan yang di sediakan di sini.   

 

Mee Rebus Hj Wahid

Plaza Angsana

Mee Rebus Hj Wahid terletak di medan selera tingkat bawah Plaza Angsana. Kuahnya yang pekat menambahkan lagi kesedapan mi rebus. Selain itu,kaedah penyediaan juga adalah cepat dan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmatinya.

Ok kalau service cepat macam ni memang wajib ada dalam list!

 

Pots & Pans Cafe

No 15, Jalan Bukit Meldrum

Restoran ini menyediakan makanan seperti Burger Bakar, Sizziling Chicken, Carbonara Seafood dan bermacam jenis lagi pada harga yang berpatutan.

Hm, dap dap..

 

Restoran Dayang

Taman Tasek Merdeka

Restoran Dayang sangat meriah pada waktu malam terutamanya kalau ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan JDT. Skrin layar pun turut disediakan kepada pengunjung untuk menonton perlawanan tersebut.

Antara menu yang ada adalah seperti Nasi Goreng Merdeka,Sotong Telur Masin dan Beriani Warisan Johor.

 

Restoran Seri Bayu Perdana

No. 15 & 17, Jln Susur Dewata 1, Larkin Perdana Johor Bahru

Restoran ini menjadi tumpuan orang ramai terutama pada waktu tengah hari kerana lauk pauk yang disediakan mempunyai banyak pilihan.

 


Restoran Singgah Selalu

Medini, Puteri Harbour

Antara menu yang boleh korang cuba adalah Teppayanki Seafood Fried Rice,Satay dan juga sup ekor

 

Roslin Beriani House

14 Jalan Rebana Kebun Teh Johor Bahru

Roslin Beriani House merupakan restoran yang terkenal dengan Nasi Beriyani di Bandar Johor Bahru.Di buka dari pukul 7:30 pagi hingga 7:30 malam dan tutup pada Hari Ahad.

 



Senibong Sea Food

NO 1 JLN PERSISIRAN PANTAI KG SENIBONG     

Pilihan untuk menikmati seafood sambil menikmati sunset. Sweet kan? Di sini terdapat banyak kedai dan antara yang popular adalah selera Senibong seafood.

 

Tapah Corner

Restoran-Tapah-Corner

62, Jalan Stulang Bahru, Taman Suria

Tapah Corner adalah pilihan untuk bersarapan dengan hidangan seperti bihun, nasi lemak, roti canai, Laksa Johor, Lontong Kering dan juga aneka jenis kuih muih.

Kedai makan ini juga turut menyediakan masakan panas

  




Lazat Steakhouse Western Restaurant

Jln Padi Emas 1/5

Lazat Steakhouse Western restaurant menyediakan menu seperti Pizza, Spaghetti (Marinara,Bolognese,Carbonara,Alfredo) Fish & Chips serta Lamb Chop.

 

 


Comments

Popular posts from this blog

TANDA TANDA BAYI TERCEKIK DAN LANGKAH PENGAWASAN

Sebelum itu, mari ketahui apa tanda-tanda bayi tercekik dari  Kementerian Kesihatan Malaysia : Kanak-kanak mungkin akan mengalami:

Kisah FarmFresh Khasiat dan Sejarah

Anda tidak perlu risau, kesegaran dari ladang Farm Fresh yang dinikmati dalam segelas susu anda berada pada tahap kualiti yang terjamin. Meskipun baru 9 tahun penubuhan Farm Fresh, jenama ini sudah mampu memberi saingan sengit kepada jenama tenusu import di Malaysia.