Skip to main content

ANAK TANTRUM DAN CARA MENANGANINYA



Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan 2 ke 3 tahun pasti pernah mengalami masalah anak tantrum. Pada usia ini, ramai di kalangan ibu bapa yang mengatakan anak mereka sudah mula menjadi degil. Tapi, kenapa anak pada umur ini mula untuk tantrum? Adakah tantrum satu perkara yang normal?


Tantrum adalah cara anak anda meluahkan perasaannya apabila dia merasakan dirinya hilang kawalan. Apa yang ditunjukkan oleh anak anda pada masa dia tantrum jelas menunjukkan apa yang dirasakan – keliru dan bercampur-aduk. Hampir kesemua tantrum berlaku apabila anak anda bersama dengan orang yang paling dia sayang .........hmmm... sekurang-kurangnya kini anda tahu bahawa andalah orang yang paling disayangi! Sekarang mungkin anda sudah mula faham kenapa anak anda kebiasaannya tantrum apabila anda ada bersamanya (adakah anda sukar mempercayai anak anda sebenarnya cuba mendapat perhatian orang tersayang? Tonton video menarik mengenai tantrum di sini).

Secara keseluruhannya, kanak-kanak mula untuk tantrum pada usia 18 bulan dan kebanyakannya berhenti selepas umur 4 tahun. Tetapi, ada juga yang tantrum lebih awal dan tak kurang yang berhenti lebih lambat.

Walaupun hampir kesemua anak-anak pada umur ini tantrum, sesetengah dari mereka lebih cenderung dari yang lain untuk tantrum. 14% anak-anak berumur setahun, 20% kanak-kanak berumur 2 ke 3 tahun dan 11% kanak-kanak berumur 4 tahun lebih kerap tantrum berbanding kawan-kawan sebaya mereka ('kerap' bermaksud 2 kali tantrum atau lebih dalam sehari). Ada beberapa kemungkinan kenapa kanak-kanak ini tantrum lebih kerap, antaranya genetik, disiplin yang terlalu ketat, masalah peribadi ibu-bapa dan personality ibu bapa yang berlainan dengan personality anak. Tetapi, semua ini hanyalah cadangan kemungkinan dan tiada satu sebab yang betul-betul kukuh yang dapat diberi setakat ini).

Sebenarnya, saya kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk tantrum di dalam bahasa Melayu. Mengamuk? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuannya ketika anak anda sedang tantrum. Tapi, tantrum membawa maksud lebih dari mengamuk. Mengamuk mungkin menunjukkan perlakuan seseorang yang hilang kawalan, tetapi seseorang anak yang tantrum sebenarnya cuba mengatasi perasaan kecewanya dan ia merupakan satu petunjuk yang anak anda mula belajar memahami perasaan dan dirinya sendiri. Percaya atau tidak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak anda. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak anda cuma mengamuk dan degil.



Kenapa kanak-kanak tantrum pada umur ini? Kanak-kanak pada umur ini dipanggil ‘toddler’. Hmmm... pernah terfikir kenapa kanak-kanak pada umur ini diberi nama yang istimewa? Ini adalah kerana ini adalah masa pembesaran yang istimewa untuk anak-anak. Ini adalah masa peralihan anak anda dari zaman bayi ke zaman kanak-kanak, seperti juga masa peralihan remaja dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Di Malaysia, kita lebih biasa membincangkan hal remaja. Ramai yang tahu zaman remaja merupakan zaman peralihan dan penuh dengan kekeliruan dan masa yang penting untuk seseorang itu lebih memahami diri sendiri. Serupa juga dengan remaja, disebabkan zaman ‘toddler’ ini juga merupakan zaman peralihan, ini adalah masa yang penuh dengan kekeliruan untuk anak anda. Berbeza dengan remaja, anak anda pada umur ini jauh lebih tidak matang dan perbuatannya tantrum adalah cara tidak matangnya menunjukkan dan meluahkan perasaan di dalam dirinya (adakah anda merasakan tantrum anak anda makin mencabar dari hari ke hari? Ketahui lebih lanjut mengenai corak tantrum di sini).

Walaupun tantrum dianggap normal, anak-anak perlu tahu yang perbuatan tantrum itu bukan sesuatu yang boleh diterima. Di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak memahami dirinya dan belajar membezakan yang betul dari yang salah.

Bukan sahaja anak-anak, malah kita sebagai ibu-bapa juga masih mempunyai banyak perkara yang perlu dipelajari. Parenting is a continous learning. Jangan terlalu rasa bersalah dan menghukum diri jika berbuat kesilapan, namun dalam masa yang sama jangan berhenti menambahbaik dan mempraktikkan ilmu yang ada.

Jika perlu, dapatkan nasihat orang disekeliling atau mereka yang lebih arif dan berpengalaman. Jangan lupa untuk membaca buku-buku sebagai rujukan. Secara peribadi, saya suka embeli buku secara online di bookcafe.com.my. Mereka mempunyai pelbagai kategori buku termasuk kategori keluarga & perhubungan. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan buku-buku pilihan di mana-mana kedai buku, baik secara online ataupun tidak, asalkan kita tidak berhenti menimba ilmu dalam usaha menjadi ibu bapa terbaik serta mendidik anak-anak agar menjadi insan cemerlang.

Comments

Popular posts from this blog

TANDA TANDA BAYI TERCEKIK DAN LANGKAH PENGAWASAN

Sebelum itu, mari ketahui apa tanda-tanda bayi tercekik dari  Kementerian Kesihatan Malaysia : Kanak-kanak mungkin akan mengalami:

Kisah FarmFresh Khasiat dan Sejarah

Anda tidak perlu risau, kesegaran dari ladang Farm Fresh yang dinikmati dalam segelas susu anda berada pada tahap kualiti yang terjamin. Meskipun baru 9 tahun penubuhan Farm Fresh, jenama ini sudah mampu memberi saingan sengit kepada jenama tenusu import di Malaysia. 

Port Makan Sedap JDT

JOHOR DARUL TAKZIM